Showing posts with label Malay. Show all posts
Showing posts with label Malay. Show all posts

Thursday, June 7, 2012

Buatku Disana

Buatku Disana 

Sering harungi sendiri kekurangan diri
Hanya tuhan mengerti
Tak mengharap sang cinta mahupun dicinta
Umpama tiada rahsia

Kau sinar hati ini
Biarpun hanya sesaat di sisi
Pelita kala hati berduka
Kau hulurkan oh tanganmu kala hilang arah


Masihkan hadir jua menepis gelora
Tak kala aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada dijiwa


Harapan kau beri cintamu bersemi
Air mataku tak bisa menitis
Kau nafas akhirku
Kau yang dihati

Usah menangis sendiri sayang ku kan pergi
Senyumlah usah meratapi
Kala ada masa kita ditakdir yang Esa
Cukuplah buatku disana

Kau sinar hati ini
Biarpun hanya sesaat di sisi
Pelita kala hati berduka
Kau hulurkan oh tanganmu kala hilang arah

Ohhh

Aku bagai bintang menghiasi alam maya
Meninggalkan kilau tanpa sinar yang bercahya
Detik percintaan persis satu anugerah
Aku pinta hanya bercinta

Masihkan hadir jua menepis gelora
Tak kala aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada dijiwa

Harapan kau beri cintamu bersemi
Air mataku tak bisa menitis
Kau nafas akhirku
Kau yang dihati 

Ohh.. huu




I ♥ MY LIFE :)

Wednesday, March 21, 2012

Kisah Hati ~ Alyah





Kisah Hati - Alyah

Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
menyempurnakan aku

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini

Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini

Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya


*Sesungguhnya aku tidak mengejar ♥ namun aku menantikan kehadirannya.

Tersentuh pula dengan petikan dari filem "Syurga Cinta" seperti yg tertera di bawah ini:

"Jodoh terbahagi kepada tiga jenis. 


Pertama, jodoh dari syaitan. 


Kedua, jodoh dari jin. 


Dan ketiga, jodoh dari Allah."

1) "Yang pertama, jodoh dari syaitan."

"Kamu bertemu pada pandangan pertama, kamu suka dia, dia suka kamu. Kamu bercinta, berpegangan, berzina, dan dia mengandung. Kamu bernikah. Itu jodoh dari syaitan."

"Yang kedua, jodoh dari jin."

"Kamu bertemu pada pandangan pertama, kamu suka dia, tapi dia tidak suka kamu. Kamu pergi jumpa bomoh, mintak tolong jin. Kamu pun bernikah. Itu jodoh dari jin."

"Yang ketiga, jodoh dari Allah."

"Kamu bertemu pada pandangan pertama, kamu suka sama suka, kamu bernikah."

Aku inginkin jodoh yang ketiga kerana Jodoh dari Allah adalah yang terbaik. 

Thursday, February 23, 2012

Cenderawasih

Lagu "cenderawasih" adalah lagu "paling power" yang pernah aku dengar. Teringat lagi, sewaktu kecil, lagu ini merupakan antara lagu yang paling digemari. 90-an, this song is a hitz on the radio! Malah, sampai sekarang, rasanya tak jemu mendengar lagu ini. Terkesan sangat syahdu. Kalau tak percaya, dengarlah video di bawah ini.

Ape yang aku tahu, kumpulan 2D merupakan penyanyi tanah air kita sendiri, Singapura. Aku tak begitu tahu tentang perkembangan mereka. Kalau tak silap, kumpulan ini dah pun berpecah membawa haluan masing-masing. Apa pun, syabas pada mereka kerana telah berjaya menghasilkan atau membawakan lagu yang masih lagi digemari hingga saat ini. Syabas 2D!



http://youtu.be/GjpHSY_6lEw


Cenderawasih

Artist: 2D


Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Pandanglah hamba si gagak hutan
Sebelah mata pun hamba tak terkilan


Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Adumu bercadarkan pintalan gemawan
Tidur hamba beralas reranting hutan


Tak hamba terkelindan sayap dipatahkan
Tak hamba terkilan telur hamba dipecahkan
Hamba akur dengan suratan
Hamba akur dengan kehendak Tuhan
Hamba akur berketurunan bermandi hinaan


Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Kau pinta didodoikan rintikan hujan
Ku mampu rintih senandung kedukaan


Penat hamba menanam ubi
Ramai berladang nenas di seberang
Penat hamba menabur budi
Emas jua dipandang orang


Orang cina menghisap madat
Duduk di bangku berkain chukin
Hina besi kerana berkarat
Hina manusia kerana miskin


Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Kau pinta didodoikan rintikan hujan
Ku mampu rintih senandung kedukaan


Aduhai cenderawasih pintamu keterlaluan
Kau inginkan hamba kalungkan bulan
Kau kepinginkan kerabu dari bintang berkerdipan
Kau dambakan rantai untaian buih lautan

http://www.ilirik.com/2d_--_cenderawasih.html (Sumber Lirik)

Satu lagi lagu dari 2D. Terpaksa masukkan sekali lirik lagu di bawah ini kerana video karaoke dari penyanyi asal hanya ada lagu tanpa nyanyian liriknya.






http://youtu.be/A9QMkF6h4xk

Diantara 2 lagu yang diketengahkan, , "Cenderawasih" juga menjadi pilihan yang paling digemari.
_________________________________________________________________________________

Setelah cuba untuk "google" tentang 2D tapi tak dapat ape-ape pun. Cuma keratan dari akhbar online di bawah ini aja yang diperolehi.


Petikan dari:  http://cyberita.asia1.com.sg/rencana/story/0,3617,169732,00.html 

31 Jul 2010

EKSTRA!

ARTIS
2D gabung semula

Oleh
Amirul Putra
SUDAH agak lama tidak dengar berita kumpulan ini.

Lebih tujuh tahun lalu, apabila kumpulan ini membuat keputusan mahu 'merehatkan' diri daripada persada seni kerana tugasan masing-masing, peminat agak kecewa kerana kumpulan ini sedang memuncak dan lagu mereka menjadi kegemaran.

Bercakap dengan ahli kumpulan 2D, nama yang digarap daripada konsep memberi dimensi kedua kepada lagu dikir popular seperti Cenderawasih, Bonda Kusanjung, Ayah Kuagung dan Seindah Syurgawi baru-baru ini - meniupkan keyakinan pada setiap ahli.

Tetapi setelah segala urusan yang menyekat perjalanan mereka diselesaikan, 2D bertemu semula tanpa diduga dalam satu persembahan.

Lebih manis lagi, Adeep, yang kini aktif bersama The Fabulous Cats (TFC) di Kuala Lumpur, turut sama dalam persembahan reunion itu.

'Gembira dapat berkumpul semula kerana sudah agak lama tidak buat persembahan bersama,' ujar Adeep di sesi pertemuan.

'Seronok kerana peminat masih sukakan lagu kami. Pada masa yang sama, walaupun bergerak secara solo sekarang, persembahan ini tetap bermakna,' jelas Rifa'ah Ridzuwanul Hakim, anggota termuda 2D.

Tidak terdapat sebarang hambatan ketika mereka menerima undangan yang bertepatan dengan ulang tahun ke-11 penubuhan kumpulan ini pada Julai 1999 dan kelahiran album Epilog Cinta Terlarang serta Dimensi II pada tahun yang sama.

Di akhir persembahan, purata ahli kumpulan ini tetap berasa lega kerana memenuhi jangkauan penganjur serta menghiburkan para peminat.

Seperti kata Zainal Ismail: 'Inilah antara persembahan yang tidak banyak tekanan tetapi tetap berkesan kerana kami berkumpul semula.'

Adakah kemungkinan 2D akan bergabung semula secara tetap?
Soalan itu diajukan kepada Ruslighani Iskandar, jurucakap aktif 2D.
Beliau berkata: 'Kalau memang ada 'jodoh' dan diizinkan, mungkin kami ingin membuat satu persembahan eksklusif bagi para peminat yang masih sukakan muzik dan lagu kami.'
Agak memberangsangkan kerana penulis difahamkan Rifa'ah dan Rayhul Firdaus sahaja yang ketika ini sedang mengusahakan album masing- masing berkonsepkan sesuatu yang agak berlainan dengan genre muzik 2D.

'Tetapi tidak mustahil bagi kami satukan semua ini dalam satu persembahan kerana muzik menyatukan kami secara tidak langsung suatu masa dahulu,' ungkap Rayhul pula.
Yang rindukan kemunculan 2D, nantikan persembahan 'reunion' ini di sebuah rancangan televisyen yang akan disiarkan tidak lama lagi.



Sampai di sini saja. Semoga di kesempatan yang lain, banyak lagi yang dapat diketengahkan. Dari itu, salam ceria semua!  Senyum selalu :)

♥♥♥♥ I'm so gonna ♥♥♥♥ it

Dilemma Wanita bersama Fiza O

Hanya ingin berkongsi dengan para pembaca mengenai Vlog yg dikendalikan oleh Fiza O. Sharing is caring!

Dilema Wanita bersama Fiza O (Vlog Episod 2 - Orang ketiga dalam perhubungan)



Dilema Wanita bersama Fiza O (Vlog Episod 3 - Suami ada kekasih gelap kerana...)

Wednesday, June 22, 2011

Percubaan Pertama Setelah Sekian Kalinya Tertunda

Akhirnya, setelah sekian kalinya tertunda, terlaksana juga hasrat untuk menulis dalam bahasa melayu, bahasa ibunda. Macam betul aje.... Harap maklum kalau ada tersilap bahasa kerana da lama tak tulis.

Bagaimanakah aku harus memulakan tulisan kali ini? Aku akan cuba.

Keinginan untuk menulis dalam bahasa melayu telah lama wujud sejak sekian lama tertunda. Kali terakhir aku menulis dalam bahasa ibunda kira-kira 6 tahun yang lalu. Itu pun sewaktu peperiksaan Bahasa Melayu GCE Peringkat "O"... Lama tu... Akhirnya terlaksana juga.

Disebabkan tiada lagi "peperiksaan" aku tidak lagi menulis. Walaupun menulis merupakan sesuatu kegiatan yang paling aku gemari pada suatu ketika. Nanti dulu, sekarang minat menulis tetap masih ada walaupun tidak begitu sering dilakukan.

Sejak dua tahun yang lalu, aku mula aktif menulis dengan membuat "blog" ini. Namun begitu, semua "post" tulisan ditulis dalam bahasa inggeris. Cuma ada satu sahaja artikel yang ditulis dalam bahasa melayu.

Kenapa Blog ini Dibuat?
Soalan ini pernah dijawab sebelumnya tetapi bukan dalam bahasa melayu melainkan Bahasa Inggeris.

Seperti yang tersedia maklum, menulis memang merupakan salah satu hobi atau kegemaranku sejak kecil lagi. Mungkin disebabkan diri ini yang pendiam dan pemalu, aku menggunakan wadah ini untuk mengekspresikan diri. Menulis merupakan jalan yang tepat untuk berkongsi atau meyuarakan pendapat tentang pelbagai perkara. Inilah caraku untuk berkomunikasi. Dengan menulis dengan kerap, aku yakin komunikasi dapat diperbaiki dan menjadi kian lancar. Aku cuba untuk mengimbangi kedua bahasa inggeris dan melayu.

Tanggapan Orang/Masyarakat Terhadapku:

Terdapat sesetengah orang yang berpendapat bahawa diriku "sombong" atau tidak tahu bergaul; "anti-social". Persepsi mereka salah seratus peratus. Sifat-sifat aku dalam 3 perkara": Pemalu, Pendiam & Ceria. ("I'm a happy-go-lucky girl" Aku tidak tahu untuk menterjemahkan bahasa inggeris tersebut ke bahasa melayu jadi aku memutuskan untuk menggunakan perkataan "ceria".) Inilah sifatku yang sebenarnya.

Jadi, adakah pemalu, pendiam boleh disifatkan sebagai sombong? Orang yang pendiam tidak boleh disifatkan sebagai sombong kerana pada dasarnya atau sejak awal keperibadian mereka memang seperti itu.  Aku akui aku tidak pandai untuk bergaul. Komunikasi agak terbatas. Tapi mungin pada suatu hari nanti, komunikasi akan semakin lancar Insya-Allah.

Jadi, janganlah menilai aku seperti itu. Jangan mudah membuat kesimpulan mahupun penilaian sebelum mengenali sifat sebenar seseorang. Apa yang dilihat kadangkalanya tidak seperti apa yang difikirkan.

Aku rasa cukup sampai di sini sahaja percubaan kali ini. Insya-Allah lain kali, aku akan cuba untuk menulis dengan lebih terperinci lagi mengenai sesuatu topik. Aku akan cuba untuk membahas topik atau perkara-perkara tertentu.

Tapi buat masa ini, aku cuba untuk lebih kerap menulis dalam bahasa inggeris kerana ingin memperbaiki dan melancarkan komunikasi dalam bahasa inggeris. Seperti tersedia maklum, bahasa utama di negara ini adalah Bahasa Inggeris & aku harus memperbaikinya bagi untuk mempermudahkan urusan di mana-mana sektor, bidang dan juga di tempat kerja.

Aku akhiri tulisan kali ini dan semoga dapat diteruskan lagi di lain waktu. Salam ceria kepada semua pembaca blog.

Ceria selalu! ♥♥♥♥