Thursday, February 23, 2012

Cenderawasih

Lagu "cenderawasih" adalah lagu "paling power" yang pernah aku dengar. Teringat lagi, sewaktu kecil, lagu ini merupakan antara lagu yang paling digemari. 90-an, this song is a hitz on the radio! Malah, sampai sekarang, rasanya tak jemu mendengar lagu ini. Terkesan sangat syahdu. Kalau tak percaya, dengarlah video di bawah ini.

Ape yang aku tahu, kumpulan 2D merupakan penyanyi tanah air kita sendiri, Singapura. Aku tak begitu tahu tentang perkembangan mereka. Kalau tak silap, kumpulan ini dah pun berpecah membawa haluan masing-masing. Apa pun, syabas pada mereka kerana telah berjaya menghasilkan atau membawakan lagu yang masih lagi digemari hingga saat ini. Syabas 2D!



http://youtu.be/GjpHSY_6lEw


Cenderawasih

Artist: 2D


Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Pandanglah hamba si gagak hutan
Sebelah mata pun hamba tak terkilan


Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Adumu bercadarkan pintalan gemawan
Tidur hamba beralas reranting hutan


Tak hamba terkelindan sayap dipatahkan
Tak hamba terkilan telur hamba dipecahkan
Hamba akur dengan suratan
Hamba akur dengan kehendak Tuhan
Hamba akur berketurunan bermandi hinaan


Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Kau pinta didodoikan rintikan hujan
Ku mampu rintih senandung kedukaan


Penat hamba menanam ubi
Ramai berladang nenas di seberang
Penat hamba menabur budi
Emas jua dipandang orang


Orang cina menghisap madat
Duduk di bangku berkain chukin
Hina besi kerana berkarat
Hina manusia kerana miskin


Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Kau pinta didodoikan rintikan hujan
Ku mampu rintih senandung kedukaan


Aduhai cenderawasih pintamu keterlaluan
Kau inginkan hamba kalungkan bulan
Kau kepinginkan kerabu dari bintang berkerdipan
Kau dambakan rantai untaian buih lautan

http://www.ilirik.com/2d_--_cenderawasih.html (Sumber Lirik)

Satu lagi lagu dari 2D. Terpaksa masukkan sekali lirik lagu di bawah ini kerana video karaoke dari penyanyi asal hanya ada lagu tanpa nyanyian liriknya.






http://youtu.be/A9QMkF6h4xk

Diantara 2 lagu yang diketengahkan, , "Cenderawasih" juga menjadi pilihan yang paling digemari.
_________________________________________________________________________________

Setelah cuba untuk "google" tentang 2D tapi tak dapat ape-ape pun. Cuma keratan dari akhbar online di bawah ini aja yang diperolehi.


Petikan dari:  http://cyberita.asia1.com.sg/rencana/story/0,3617,169732,00.html 

31 Jul 2010

EKSTRA!

ARTIS
2D gabung semula

Oleh
Amirul Putra
SUDAH agak lama tidak dengar berita kumpulan ini.

Lebih tujuh tahun lalu, apabila kumpulan ini membuat keputusan mahu 'merehatkan' diri daripada persada seni kerana tugasan masing-masing, peminat agak kecewa kerana kumpulan ini sedang memuncak dan lagu mereka menjadi kegemaran.

Bercakap dengan ahli kumpulan 2D, nama yang digarap daripada konsep memberi dimensi kedua kepada lagu dikir popular seperti Cenderawasih, Bonda Kusanjung, Ayah Kuagung dan Seindah Syurgawi baru-baru ini - meniupkan keyakinan pada setiap ahli.

Tetapi setelah segala urusan yang menyekat perjalanan mereka diselesaikan, 2D bertemu semula tanpa diduga dalam satu persembahan.

Lebih manis lagi, Adeep, yang kini aktif bersama The Fabulous Cats (TFC) di Kuala Lumpur, turut sama dalam persembahan reunion itu.

'Gembira dapat berkumpul semula kerana sudah agak lama tidak buat persembahan bersama,' ujar Adeep di sesi pertemuan.

'Seronok kerana peminat masih sukakan lagu kami. Pada masa yang sama, walaupun bergerak secara solo sekarang, persembahan ini tetap bermakna,' jelas Rifa'ah Ridzuwanul Hakim, anggota termuda 2D.

Tidak terdapat sebarang hambatan ketika mereka menerima undangan yang bertepatan dengan ulang tahun ke-11 penubuhan kumpulan ini pada Julai 1999 dan kelahiran album Epilog Cinta Terlarang serta Dimensi II pada tahun yang sama.

Di akhir persembahan, purata ahli kumpulan ini tetap berasa lega kerana memenuhi jangkauan penganjur serta menghiburkan para peminat.

Seperti kata Zainal Ismail: 'Inilah antara persembahan yang tidak banyak tekanan tetapi tetap berkesan kerana kami berkumpul semula.'

Adakah kemungkinan 2D akan bergabung semula secara tetap?
Soalan itu diajukan kepada Ruslighani Iskandar, jurucakap aktif 2D.
Beliau berkata: 'Kalau memang ada 'jodoh' dan diizinkan, mungkin kami ingin membuat satu persembahan eksklusif bagi para peminat yang masih sukakan muzik dan lagu kami.'
Agak memberangsangkan kerana penulis difahamkan Rifa'ah dan Rayhul Firdaus sahaja yang ketika ini sedang mengusahakan album masing- masing berkonsepkan sesuatu yang agak berlainan dengan genre muzik 2D.

'Tetapi tidak mustahil bagi kami satukan semua ini dalam satu persembahan kerana muzik menyatukan kami secara tidak langsung suatu masa dahulu,' ungkap Rayhul pula.
Yang rindukan kemunculan 2D, nantikan persembahan 'reunion' ini di sebuah rancangan televisyen yang akan disiarkan tidak lama lagi.



Sampai di sini saja. Semoga di kesempatan yang lain, banyak lagi yang dapat diketengahkan. Dari itu, salam ceria semua!  Senyum selalu :)

♥♥♥♥ I'm so gonna ♥♥♥♥ it

No comments:

Post a Comment