Akhirnya, setelah sekian kalinya tertunda, terlaksana juga hasrat untuk menulis dalam bahasa melayu, bahasa ibunda. Macam betul aje.... Harap maklum kalau ada tersilap bahasa kerana da lama tak tulis.
Bagaimanakah aku harus memulakan tulisan kali ini? Aku akan cuba.
Keinginan untuk menulis dalam bahasa melayu telah lama wujud sejak sekian lama tertunda. Kali terakhir aku menulis dalam bahasa ibunda kira-kira 6 tahun yang lalu. Itu pun sewaktu peperiksaan Bahasa Melayu GCE Peringkat "O"... Lama tu... Akhirnya terlaksana juga.
Disebabkan tiada lagi "peperiksaan" aku tidak lagi menulis. Walaupun menulis merupakan sesuatu kegiatan yang paling aku gemari pada suatu ketika. Nanti dulu, sekarang minat menulis tetap masih ada walaupun tidak begitu sering dilakukan.
Sejak dua tahun yang lalu, aku mula aktif menulis dengan membuat "blog" ini. Namun begitu, semua "post" tulisan ditulis dalam bahasa inggeris. Cuma ada satu sahaja artikel yang ditulis dalam bahasa melayu.
Kenapa Blog ini Dibuat?
Soalan ini pernah dijawab sebelumnya tetapi bukan dalam bahasa melayu melainkan Bahasa Inggeris.
Seperti yang tersedia maklum, menulis memang merupakan salah satu hobi atau kegemaranku sejak kecil lagi. Mungkin disebabkan diri ini yang pendiam dan pemalu, aku menggunakan wadah ini untuk mengekspresikan diri. Menulis merupakan jalan yang tepat untuk berkongsi atau meyuarakan pendapat tentang pelbagai perkara. Inilah caraku untuk berkomunikasi. Dengan menulis dengan kerap, aku yakin komunikasi dapat diperbaiki dan menjadi kian lancar. Aku cuba untuk mengimbangi kedua bahasa inggeris dan melayu.
Tanggapan Orang/Masyarakat Terhadapku:
Terdapat sesetengah orang yang berpendapat bahawa diriku "sombong" atau tidak tahu bergaul; "anti-social". Persepsi mereka salah seratus peratus. Sifat-sifat aku dalam 3 perkara": Pemalu, Pendiam & Ceria. ("I'm a happy-go-lucky girl" Aku tidak tahu untuk menterjemahkan bahasa inggeris tersebut ke bahasa melayu jadi aku memutuskan untuk menggunakan perkataan "ceria".) Inilah sifatku yang sebenarnya.
Jadi, adakah pemalu, pendiam boleh disifatkan sebagai sombong? Orang yang pendiam tidak boleh disifatkan sebagai sombong kerana pada dasarnya atau sejak awal keperibadian mereka memang seperti itu. Aku akui aku tidak pandai untuk bergaul. Komunikasi agak terbatas. Tapi mungin pada suatu hari nanti, komunikasi akan semakin lancar Insya-Allah.
Jadi, janganlah menilai aku seperti itu. Jangan mudah membuat kesimpulan mahupun penilaian sebelum mengenali sifat sebenar seseorang. Apa yang dilihat kadangkalanya tidak seperti apa yang difikirkan.
Aku rasa cukup sampai di sini sahaja percubaan kali ini. Insya-Allah lain kali, aku akan cuba untuk menulis dengan lebih terperinci lagi mengenai sesuatu topik. Aku akan cuba untuk membahas topik atau perkara-perkara tertentu.
Tapi buat masa ini, aku cuba untuk lebih kerap menulis dalam bahasa inggeris kerana ingin memperbaiki dan melancarkan komunikasi dalam bahasa inggeris. Seperti tersedia maklum, bahasa utama di negara ini adalah Bahasa Inggeris & aku harus memperbaikinya bagi untuk mempermudahkan urusan di mana-mana sektor, bidang dan juga di tempat kerja.
Aku akhiri tulisan kali ini dan semoga dapat diteruskan lagi di lain waktu. Salam ceria kepada semua pembaca blog.
Ceria selalu! ♥♥♥♥
No comments:
Post a Comment